Cute Plant Dancing Kaoani FARMASI DUYONG SDN BHD: Mesin Oksigen Concentrator

Mesin Oksigen Concentrator





Apakah fungsi Mesin Oksigen Concentrator?

❤ Mesin ini membantu memproses udara disekeliling untuk menghasilkan 99% oksigen.
❤ Mesin ini (seperti gambar diatas), boleh menghasilkan 1liter hingga 5liter per minit.
❤ Boleh digunakan secara berterusan selama 24jam tanpa henti.
❤ Perlu diselenggara (servis) dua hari sekali dengan menggantikan air tapisan atau air mineral pada botol air yang berada di belakang mesin.
❤ Air yang perlu digantikan TIDAK BOLEH menggunakan air paip atau air zam-zam. Sekiranya anda menggunakan air paip atau air zam-zam botol berkenaan boleh berkerak.
❤ Senang dibawa kemana-mana kerana mesin ini beroda dan mudah alih.


Seterusnya, soalan yang biasa ditanya oleh WARIS pesakit. ( Pesakit biasa dalam keadaan tenat atau lemah ). Patutkah saya beli atau sewa sahaja msein oksigen ini?

Sebenarnya, perlu lihat aspek-aspek berikut :

❤ Penyakit kronik yang sukar sembuh. Contohnya, pesakit kanser paru-paru. Bagi penyakit seperti ini kami cadangkan untuk sewa sahaja

❤  Pesakit uzur sebab tua. Dicadangkan beli sahaja mesin ini kerana ia sangat berguna sebagai memberi keselesaan kepada pesakit.

     Ada kes sebenar, seorang pesakit telah menggunakan mesin oksigen selama 5tahun. Dalam hal ini, harta yang ternilai ialah kesihatan. Ada harta dan kewangan, tapi sukar bernafas, hidup jadi tidak tentu arah juga.

❤ Penggunaan oksigen hanya untuk masa yang singkat. Contohnya, ibu mengandung

    Ada kes yang kami pernah kendalikan. Ibu mengandung ini hanya perlukan penggunaan mesin oksigen pada waktu malam, sebelum tidur. Sebab kadar oksigen dalam badan rendah. Kes ini, dicadangkan sewa sahaja.


Harga untuk sewaan dan belian mesin oksigen :

Sewaan

ツ Kadar sewa sebulan RM350
ツ Deposit 2 bulan bagi pengunaan pertama kali
ツ Bagi pesakit atau waris adalah pesara kerajaan atau badan berkanun, cubalah mohon bantuan alatan kesihatan dari majikan. Contohnya, satu kes pesara ATM (Angkatan Tentera Malaysia). Menyewa selama 2 bulan, dapat bantuan mesin dari ATM.

Belian

ツ Kadar harga mesin dalam lingkungan RM4500 hingga RM5000



Walaubagaimana pun, penggunaan mesin oksigen ini hanya boleh digunakan selepas rekomendasi (recomendation) dari doktor perubatan yang merawat pesakit. Melalui ujian paras oksigen dalam darah dan keterukankeadaan pesakit. Kami team Farmasi Duyong sekadar membantu.(✿◠‿◠)


Semoga info yang saya sebarkan ini bermanfaat kepada yang memerlukan.

Sebarang pertanyaan,

Boleh hubungi ☏:

  1. Farmasi Duyong (Melaka)  = 06-2685688
  2. Farmasi Duyong (Gemencheh)  = 06-4310163
  3. Farmasi Duyong (Serkam)  = 06-2634188

No comments:

Post a Comment